Memaparkan catatan dengan label Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-36. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-36. Papar semua catatan

Ahad, 27 Mac 2011

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-36

Sebahagian tetamu yang hadir YDP PIBG bersama Pn. Hjh. Nor'aini dan En. Jamali (Penghulu Mukim Serendah) mengirigi pulang YB. P. Kamalanathan


YB. Kamalanathan berbual dengan Yee Mei Foong pemenang Anugerah Tokoh Pelajar 2010 Ramanathan a/l AMN Thiagarajan sedang menulis biodatanya. Beliau tamat tingkatan tiga SMKSC (2000 - 2002), melanjutkan pelajaran ke MRSM Pontian, Matrikulasi Gopeng dan ke USM. Anak kelahiran Hulu Selangor ini telah memenangi 4 pingat emas di USM iaitu Pingat Emas Anugerah Diraja (Bukan Bumiputera), Anugerah Pingat Emas Canselor, Anugerah Pingat Emas Naib Canselor dan Anugerah Pingat Emas ACCA. Kini beliau menjawat jawatan sebagai Bendahari, Biro Pengajian Tinggi, Pemuda MIC Kebangsaan. En. Mohd. Radi b. Razali (YDP PIBG) sedang menyampaikan ucaptama majlis
Mesyuarat PIBG kali ini telah dirasmikan oleh YB. P.Kamalanathan, Ahli Parlimen Hulu Selangor. Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kesudian beliau melapangkan masa untuk hadir
Ustaz Mohd. Zabidi membaca doa memulakan majlis Pn. Sarina dan Pn. Wan Supiah menyediakan jamuan untuk VIP YB. P.Kamalanathan sedang menandatangani buku pelawat disaksikan oleh En. Mohd. Radi (YDP PIBG) dan Pn. Mazlah bt Hussein (Pengetua)
En. A.Azhan dan Pn. Asmahan - Juru acara majlis

AJK PIBG SESI 2010/2011

YDP: En. Mohd. Radi b. Razali
TYDP: En. Idrus b. Abd. Manan

Setiausaha Kehurmat: Pn. Eda Edna bt Mohd. Sani
Pen. Setiausaha: Lantikan sekolah
Bendahari Kehurmat: Pn. Robalkhis

AJK Wakil Ibu bapa:
1. Tn. Hj. Azhar b. Embong
2. Pn. Marzita bt Abu Bakar
3. Pn. Fuziah Hanim bt Abdul Rahman
4. Pn. Rumina
5. Pn. Saadah bt Ismail
6. En. Azman b. Abu Bakar

AJK Wakil Guru: (3orang)
1. En. Revi Chander
2. Pn. Wan Supiah bt Yusof
3. Pn. Sarina bt Shaari

Pemeriksa Kira-Kira
1. En. Amir b. Aziz
2. En. Nordin b. Abdul Rahman


ALUAN BLOG

Kewujudan blog ini, diharapkan dapat membantu pihak kami menyebarkan apa jua bentuk aktiviti, berita, peristiwa bergambar, yang difikirkan perlu untuk kebaikan bersama. Sebarang ulasan, pandangan, pendapat dan saranan amat dialu-alukan. Sekian terima kasih.
Daripada Setiausaha Kehormat, PIBG SMK. SG. CHOH

AKTIVITI PIBG SESI 2009/2010

1. Mesyuarat Agung PIBG
2. Mesyuarat AJK PIBG Kali Pertama (5/5/2009)
3. Mesyuarat AJK PIBG Kali Ke-2 (27/6/2009)
4. Majlis Makan Amal (10/10/2009)
5. Mesyuarat AJK PIBG Kali Ke-3 (17/12/2009)
6. Fotostat Bahan Kelas Tambahan
7. Hari Anugerah Pelajar
8. Sumbangan kepada kematian ibubapa dan pelajar cedera
9. Servis van dan membeli bateri Van Sekolah
10 Program Selepas PMR
11. Pembelian pencetak, fail, kertas, vakum untuk Program ICTL


UCAPAN PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH

Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru SMKSC, ingin merakan dan mengucapkan setinggi-setinggi penghargaan dan terima kasih kepada AJK PIBG Sesi 2009/2010 yang telah melaksana dan menjalankan tugas dengan penuh dedikasi bagi membantu apa jua program dan aktiviti sekolah. Sokongan tuan/puan telah dapat membantu mempertingkatkan Kecemerlangan Akademik, Kokurikulum mahu pun membentuk sahsiah pelajar. Ucapan setinggi-tinggi penghargaan ini juga ditujukan kepada Mantan YDP PIBG, Tn. Hj. Md. Khairi b. Selamat yang pernah menyandang jawatan TYDP dan YDP sejak tahun 1996. Semasa menyandang ke dua-dua jawatan berkenaan beliau telah melaksanakan banyak program terutama program JOGATHON 2001. Jasa beliau akan tetap dikenang.