Rabu, 10 November 2010

PROGRAM PERMATA PINTAR UKM


Prof. Madya Dr. Noriah bt Mohd Ishak sedang menyampaikan taklimat di Bilik Mesyuarat

Prof. Madya Dr. Noriah bt Mohd. Ishak sedang menandatangi buku pelawat di Makmal komputer 2 dan disaksikan rakan beliau Dr. Melor b. Md. Yunus
Sebahagian hadirin yang hadir mendengar ceramah tersebut

Rabu, 20 Oktober 2010

KURSUS MOVIE MAKER FOR BEGINNER

Kursus ini telah berjalan selama dua hari (19/10 - 20/10/2010) di Makmal Komputer 1 & 2 SMKSC. Peserta terdiri dari pelajar cemerlang tingkatan 1,2 dan 3. Seramai 80orang pelajar telah terlibat. Perbelanjaan sebanyak RM 1945 telah digunakan dari wang yuran ICTL yang dikutip dan disimpan dalam akaun PIBG. Terima kasih kepada fasilitator terutama kepada En. Mohd. Khairil Hafiz dan Cik Siti Khatijah kerana telah bertungkus lumus menjayakan program di bawah seliaan Guru Mata Pelajaran Teknik dan Vokasional.

Jumaat, 1 Oktober 2010

PROGRAM BACAAN YASIN DAN SOLAT HAJAT

NYDP PIBG En. Idrus b. Abdul Manan bersama Ustaz Mohd. Zabidi mengetuai program bacaan Yasin
Program Solat Hajat calon PMR 2010 dibuat disurau

Khamis, 30 September 2010

Isnin, 2 Ogos 2010

PERASMIAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN

Oleh kerana YDP PIBG, TYDP PIBG tidak dapat hadir, Majlis Perasmian Sambutan Bulan Kemerdekaan kali ke-53 telah dirasmikan oleh En. Nordin b. Abdul Rahman

Jumaat, 30 Julai 2010

LAWATAN UNIT KURIKULUM KE MELAKA


Pelajar yang cemerlang semasa Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010 telah diraikan dan diberi peluang melawat Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Terima kasih kepada GPK Akademik, Pn. Hjh. Nor'aini bt Abdul Muin yang telah menganjurkan rombongan ini. Terima Kasih juga kepada PIBG kerana membiayai pengangkutan (2buah bas) dan membiayai makan pelajar. Pihak sekolah juga turut membiayai perbelanjaan untuk makan pelajar (RM3 X 78orang = RM234) dengan menggunakan wang SUWA.




























Jumaat, 16 Julai 2010

HARI KAD PENYATA

Hari Kad Penyata telah berlangsung pada 14.6.2010 (Khamis). Pelajar sesi pagi dan petang dibenarkan pulang bersama ibu bapa / penjaga masing-masing setelah berjumpa dan berbincang bersama guru tingkatan mengenai prestasi pelajaran anak

YDP PIBG - En. Mohd Radi b. Razali turut hadir dan berbincang mengenai prestasi pelajaran anaknya bersama Ustaz Aziz

Pn. Wan Safrah mengambil kesempatan berbincang dengan En. Mohd Radi mengenai lawatan akademik ke Melaka. Jabatan Penerangan Negeri Melaka mungkin menaja makan untuk lawatan tersebut


Jumaat, 9 Julai 2010

LAWATAN YB. P. KAMALANATHAN

YB. P. Kamalanathan telah membuat lawatan ke SMKSC. Kehadiran beliau telah diundang sendiri oleh YDP PIBG - En. Mohd. Radi b. Razali



Khamis, 8 Julai 2010

MAJLIS SELENGKAR KASIH SEHARUM BUDI SEJAMBAK KENANGAN

Majlis berlangsung di Dewan Bestari turut dihadiri oleh YDP - En. Mohd. Radi B. Mohd. Razali, TYDP - En. Idrus b. Abdul Manan, AJK PIBG - En. Azman b. Abu bakar, Pn. Saadah bt Ismail dan En. Nordin B. Abdul Rahman - Pemeriksa Kira-Kira 2 PIBG
Dalam ucapan En. Mohd. Radi, beliau turut terharu dan rasa sedih atas pertukaran Pn. Hjh. Habshah. Walaubagaimana pun beliau mengucapkan syabas dan tahniah atas kelulusan pertukaran tersebut memandangkan kedudukan rumah Pn. Hjh. Habshah jauh dari SMK. Sg. Choh.
Beliau mewakili PIBG memohon maaf atas salah dan silap dan berharap Pn. Hjh. Habshah akan meneruskan agenda mendidik anak bangsa. YDP PIBG berbesar hati dapat bekerjasama dengan Pn. Hjh. Habshah bagi menjayakan apa jua aktiviti yang dirancang oleh SMKSC

YDP PIBG, diiringi Pn. Hjh. Nor'aini bt Abdul Muin (GPK Akademik) menyampaikan cenderahati kepada Mantan Pengetua SMKSC - Pn. Hjh. Habshah bt Abdul Kudus
Sebahagian pelajar yang berada di Dewan Bestari yang menyaksikan majlis tersebut
Pelajar perempuan sesi pagi dan petang yang turut serta berada di Dewan Bestari

Sabtu, 26 Jun 2010

MAJLIS SAMBUTAN ISRA' MIKRAJ DAN QIAMULLAIL

Semasa ucapan perasmian, YDP PIBG menyatakan bahawa beliau amat peka terhadap gejala sosial remaja kini, beliau amat berharap program seumpama ini dapat menerapkan nilai Islam masuk ke jiwa remaja agar menjaga solat, meningkatkan disiplin dan mengurangkan pengaruh negatif di kalangan mereka. Beliau mengucapkan syabas dan tahniah serta terima kasih terutama kepada Pn. Nor'aini dan barisan guru-guru yang telah menjayakan program ini. Turut hadir di majlis ini ialah En. Idrus B. Manan (TYDP) dan En. Nordin B. Abdul Rahman
Majlis Perasmian telah berlangsung di Dewan Bestari bermula jam 6.30petang 25/6/2010. Penyertaan pelajar seramai 120orang. Perbelanjaan program telah ditaja oleh JASA (Jabatan Hal Ehwal Khas, Kementerian Penerangan Komunikasi & Multimedia) yang telah diusahakan oleh YDP PIBG En.MohdTambah Imej. Radi b. Razali.
Menjamu selera selepas mendengar ceramah Isra' Mikraj yang disampaikan oleh Ustaz Samsol Mulia dari JASA
Pelajar dan ibu bapa yang mendengar ceramah di dalam dewan
Solat maghrib bersama pelajar
Pelajar yang berada di Dewan Bestari



Khamis, 20 Mei 2010

MESYUARAT PIBG




Mesyuarat AJK PIBG telah diadakan di Bilik Mesyuarat SMKSC.

AJK PIBG SESI 2010/2011

YDP: En. Mohd. Radi b. Razali
TYDP: En. Idrus b. Abd. Manan

Setiausaha Kehurmat: Pn. Eda Edna bt Mohd. Sani
Pen. Setiausaha: Lantikan sekolah
Bendahari Kehurmat: Pn. Robalkhis

AJK Wakil Ibu bapa:
1. Tn. Hj. Azhar b. Embong
2. Pn. Marzita bt Abu Bakar
3. Pn. Fuziah Hanim bt Abdul Rahman
4. Pn. Rumina
5. Pn. Saadah bt Ismail
6. En. Azman b. Abu Bakar

AJK Wakil Guru: (3orang)
1. En. Revi Chander
2. Pn. Wan Supiah bt Yusof
3. Pn. Sarina bt Shaari

Pemeriksa Kira-Kira
1. En. Amir b. Aziz
2. En. Nordin b. Abdul Rahman


ALUAN BLOG

Kewujudan blog ini, diharapkan dapat membantu pihak kami menyebarkan apa jua bentuk aktiviti, berita, peristiwa bergambar, yang difikirkan perlu untuk kebaikan bersama. Sebarang ulasan, pandangan, pendapat dan saranan amat dialu-alukan. Sekian terima kasih.
Daripada Setiausaha Kehormat, PIBG SMK. SG. CHOH

AKTIVITI PIBG SESI 2009/2010

1. Mesyuarat Agung PIBG
2. Mesyuarat AJK PIBG Kali Pertama (5/5/2009)
3. Mesyuarat AJK PIBG Kali Ke-2 (27/6/2009)
4. Majlis Makan Amal (10/10/2009)
5. Mesyuarat AJK PIBG Kali Ke-3 (17/12/2009)
6. Fotostat Bahan Kelas Tambahan
7. Hari Anugerah Pelajar
8. Sumbangan kepada kematian ibubapa dan pelajar cedera
9. Servis van dan membeli bateri Van Sekolah
10 Program Selepas PMR
11. Pembelian pencetak, fail, kertas, vakum untuk Program ICTL


UCAPAN PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH

Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru SMKSC, ingin merakan dan mengucapkan setinggi-setinggi penghargaan dan terima kasih kepada AJK PIBG Sesi 2009/2010 yang telah melaksana dan menjalankan tugas dengan penuh dedikasi bagi membantu apa jua program dan aktiviti sekolah. Sokongan tuan/puan telah dapat membantu mempertingkatkan Kecemerlangan Akademik, Kokurikulum mahu pun membentuk sahsiah pelajar. Ucapan setinggi-tinggi penghargaan ini juga ditujukan kepada Mantan YDP PIBG, Tn. Hj. Md. Khairi b. Selamat yang pernah menyandang jawatan TYDP dan YDP sejak tahun 1996. Semasa menyandang ke dua-dua jawatan berkenaan beliau telah melaksanakan banyak program terutama program JOGATHON 2001. Jasa beliau akan tetap dikenang.