Sabtu, 26 Jun 2010

MAJLIS SAMBUTAN ISRA' MIKRAJ DAN QIAMULLAIL

Semasa ucapan perasmian, YDP PIBG menyatakan bahawa beliau amat peka terhadap gejala sosial remaja kini, beliau amat berharap program seumpama ini dapat menerapkan nilai Islam masuk ke jiwa remaja agar menjaga solat, meningkatkan disiplin dan mengurangkan pengaruh negatif di kalangan mereka. Beliau mengucapkan syabas dan tahniah serta terima kasih terutama kepada Pn. Nor'aini dan barisan guru-guru yang telah menjayakan program ini. Turut hadir di majlis ini ialah En. Idrus B. Manan (TYDP) dan En. Nordin B. Abdul Rahman
Majlis Perasmian telah berlangsung di Dewan Bestari bermula jam 6.30petang 25/6/2010. Penyertaan pelajar seramai 120orang. Perbelanjaan program telah ditaja oleh JASA (Jabatan Hal Ehwal Khas, Kementerian Penerangan Komunikasi & Multimedia) yang telah diusahakan oleh YDP PIBG En.MohdTambah Imej. Radi b. Razali.
Menjamu selera selepas mendengar ceramah Isra' Mikraj yang disampaikan oleh Ustaz Samsol Mulia dari JASA
Pelajar dan ibu bapa yang mendengar ceramah di dalam dewan
Solat maghrib bersama pelajar
Pelajar yang berada di Dewan Bestari



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

AJK PIBG SESI 2010/2011

YDP: En. Mohd. Radi b. Razali
TYDP: En. Idrus b. Abd. Manan

Setiausaha Kehurmat: Pn. Eda Edna bt Mohd. Sani
Pen. Setiausaha: Lantikan sekolah
Bendahari Kehurmat: Pn. Robalkhis

AJK Wakil Ibu bapa:
1. Tn. Hj. Azhar b. Embong
2. Pn. Marzita bt Abu Bakar
3. Pn. Fuziah Hanim bt Abdul Rahman
4. Pn. Rumina
5. Pn. Saadah bt Ismail
6. En. Azman b. Abu Bakar

AJK Wakil Guru: (3orang)
1. En. Revi Chander
2. Pn. Wan Supiah bt Yusof
3. Pn. Sarina bt Shaari

Pemeriksa Kira-Kira
1. En. Amir b. Aziz
2. En. Nordin b. Abdul Rahman


ALUAN BLOG

Kewujudan blog ini, diharapkan dapat membantu pihak kami menyebarkan apa jua bentuk aktiviti, berita, peristiwa bergambar, yang difikirkan perlu untuk kebaikan bersama. Sebarang ulasan, pandangan, pendapat dan saranan amat dialu-alukan. Sekian terima kasih.
Daripada Setiausaha Kehormat, PIBG SMK. SG. CHOH

AKTIVITI PIBG SESI 2009/2010

1. Mesyuarat Agung PIBG
2. Mesyuarat AJK PIBG Kali Pertama (5/5/2009)
3. Mesyuarat AJK PIBG Kali Ke-2 (27/6/2009)
4. Majlis Makan Amal (10/10/2009)
5. Mesyuarat AJK PIBG Kali Ke-3 (17/12/2009)
6. Fotostat Bahan Kelas Tambahan
7. Hari Anugerah Pelajar
8. Sumbangan kepada kematian ibubapa dan pelajar cedera
9. Servis van dan membeli bateri Van Sekolah
10 Program Selepas PMR
11. Pembelian pencetak, fail, kertas, vakum untuk Program ICTL


UCAPAN PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH

Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru SMKSC, ingin merakan dan mengucapkan setinggi-setinggi penghargaan dan terima kasih kepada AJK PIBG Sesi 2009/2010 yang telah melaksana dan menjalankan tugas dengan penuh dedikasi bagi membantu apa jua program dan aktiviti sekolah. Sokongan tuan/puan telah dapat membantu mempertingkatkan Kecemerlangan Akademik, Kokurikulum mahu pun membentuk sahsiah pelajar. Ucapan setinggi-tinggi penghargaan ini juga ditujukan kepada Mantan YDP PIBG, Tn. Hj. Md. Khairi b. Selamat yang pernah menyandang jawatan TYDP dan YDP sejak tahun 1996. Semasa menyandang ke dua-dua jawatan berkenaan beliau telah melaksanakan banyak program terutama program JOGATHON 2001. Jasa beliau akan tetap dikenang.